Ketika acara Gamescom 2023 yang berlangsung pada awal pagi tadi, HoYoverse antaranya telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan konsert fizikal di sekitar dunia iaitu Genshin Concert Tour: Melodies of and Endless Journey.
Berikut adalah apa yang anda perlu tahu mengenai konsert ini;
Genshin Concert Tour: Melodies of An Endless ini akan berlangsung di Malaysia pada 7 Oktober 2023 dan bertempat di Dewan Filharmonik PETRONAS.
Konsert ini juga akan berlangsung di Singapura pada 2 dan 3 Oktober, Mexico, Jerman, Japan, Korea Selatan, UK, dan Amerika Syarikat.
Sesi pra-tempahan untuk tiket bagi Genshin Concert Tour ini akan dibuka bermula pada 24 Ogos 2023. Setiap pembelian tiket akan mendapat tiket fizikal dan juga barangan yang boleh ditebus di dalam permainan.
Genshin Concert Tour ini akan diketuai oleh Naohia Furusawa sebagai konduktor dengan persembahan juga melibatkan Orkestra Filharmonik Malaysia. Mereka akan mempersembahkan muzik-muzik runut daripada permainan Genshin Impact yang diterbitkan oleh Hoyo-Mix.
Layari laman rasmi Genshin Concert Tour: Melodies of An Endless untuk maklumat lanjut.