Segala Pengumuman Ketika Acara Pembukaan Gamescom

Gamescom kembali lagi tahun ini dan seperti tahun-tahun lepas mereka menganjurkan acara pembukaan yang dihoskan oleh Geoff Keighley. Terdapat pelbagai pengumuman yang dilakukan dan kami telah sertakan segala perkongsian yang dilakukan di bawah.

Starfield

Bethesda telah berkongsi treler aksi nyata untuk permainan RPG Starfield mereka yang akan tiba pada 6 September 2023 untuk Xbox Series X dan PC melalui Windows Store dan Steam.

Little Nightmares III

Tarsier Studios dan Bandai Namco telah mengumumkan Little Nightmares III iaitu permainan pengembaraan tekaria. Mereka juga mengumumkan yang permainan ini boleh dimainkan secara solo dan multi-pemain. Ia akan tiba pada tahun 2024.

Black Myth: Wukong

Game Science telah berkongsi treler baharu untuk permainan aksi pengembaraan mereka iaitu Black Myth Wukong yang akan dilancarkan pada tahun 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Killing Floor 3

Killing Floor 3 telah diumumkan secara rasmi dan menerima treler pertama. Killing Floor merupakan siri permainan first person shooter yang dibangunkan oleh Tripwire Interactive. Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran tetapi akan tiba untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Age of Empires IV

Xbox Game Studios telah melancarkan Age of Empires IV Anniversary Edition untuk Xbox One dan Xbox Series hari ini. Ia akan juga ditawarkan melalui Game Pass. Ia sudah dikeluarkan untuk PC sejak tahun 2021.

Rebel Moon

Zack Snyder telah hadir ke gamsecom 2023 untuk berkongsi treler baharu bagi filem akan datang beliau iaitu Rebel Moon yang akan tiba di Netflix pada 22 Disember ini untuk bahagian pertama dan 19 April 2024 untuk bahagian dua. Beliau juga berkongsi mengenai permainan Rebel Moon sedang dibangunkan oleh Super Evil Megacorp dan penceritaan untuknya berlaku selepas filem ini.

Crimson Desert

Pearl Abyss telah berkongsi terler baharu untuk permainan aksi RPG Crimson Desert yang akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC tetapi masih tiada tarikh pelancaran.

PayDay 3

Starbreeze Studio telah berkongsi treler baharu untuk permainan merompak PayDay 3 yang akan dikeluarkan pada 21 September 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series, dan PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Assassin’s Creed Mirage

Ubisoft telah berkongsi terler baharu untuk Assassin’s Creed Mirage yang akan dikeluarkan pada 5 Oktober 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia adalah permaian yang menurut Ubisoft kembali ke tatamain asli untuk siri ini. Treler baharu ini memfokuskan bandar Baghdad yang menjadi latar tempat bagi permainan ini.

Tekken 8

Katsuhiro Harada sendiri telah hadir ke pentas Gamescom untuk mengumumkan tarikh pelancaran berkongsi treler baharu bagi Tekken 8 yang turut memperlihatkan mod permainan solo untuk permainan ini. Tekken 8 akan di keluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada 26 Januari 2024.

Call of Duty Modern Warfare III

Activision telah berkongsi treler baharu yang memperlihatkan tatamain dengan lebih lanjut termasuk juga mod baharu iaitu Open Combat Mission dan mod Zombie yang kini menyertakan dunia terbuka, mereka juga berkongsi adegan pembukaan untuk kempen penceritaan. Call of Duty Modern Warfare III akan tiba pada 10 November 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui Battle.Net dan juga Steam.

Nightingale

Inflexion Games telah berkongsi treler baharu untuk permainan Nightingale iaitu permainan ketahan hidup dunia terbuka yang menyertakan elemen PvE. Permainan ini akan tiba secara akses awal pada 22 Februari 2024.

HoyoVerse

HoYoverse telah berkongsi lanjut mengenai permainan seterusnya oleh mereka iaitu Zenless Zone Zero, mereka juga berkongsi treler baharu. Selain itu mereka juga berkongsi terler memperlihatkan watak akan datang untuk Honkai: Star Rail iaitu Fu Xuan dan juga mengumumkan sesi beta tertutup untuk versi PS5. Konsert Genshin juga akan tiba sekitar tahun 2023 dan 2024 termasuk juga di Malaysia.

Lords of the Fallen

CI Games telah berkongsi treler baharu untuk Lords of the Fallen iaitu permainan baharu di dalam siri ini tetapi menyertakan tatamain yang berbeza dengan permainan berjudul sama yang dikeluarkan pada tahun 2014. Permainan ini akan tiba pada 13 Oktober 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sonic

Sega telah berkongsi treler untuk Sonic Superstars yang dibangunkan oleh Arzest ia akan tiba pada 17 Oktober 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintedo Switch dan PC. Selain itu, mereka juga berkongsi treler untuk Sonic Frontiers.

The First Descendant

Nexon Games telah berkongsi treler baharu untuk permainan looter shooter third person mereka iaitu The First Descendant yang akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Under the Waves

Parallel Studio dan Quantic Dream telah berkongsi treler pelancaran untuk permainan pengembaraan Under the Waves yang akan dikeluarkan pada 29 Ogos 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Fort Solis

Dear Villagers telah berkongsi treler baharu untuk permainan pengembaraan Fort Solis yang dilancarkan hari ini untuk PlayStation 5 dan juga PC. Tiga nama besar iaitu Roger Clark, Troy Baker dan Julia Brown merupakan pelakon suara untuk tiga watak utama di dalam permainan ini.

Expedition

Focus Entertainment dan Saber Interactive telah berkongsi treler untuk permainan pengembaraan kereta lasak mereka iaitu Expedition. Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC pada tahun 2024.

The Crew Motorfest

Ubisoft telah berkongsi treler untuk permainan seterusnya di dalam siri The Crew iaitu The Crew Motorfest yang akan dikeluarkan pada 14 September 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series Dan PC.

Cyberpunk 2077

CD Projekt Red telah berkongsi treler baharu untuk Cyberpunk 2077, walaupun memperlihatkan Phantom Liberty iaitu penambahan terbaru, akan tetapi treler ini lebih memfokuskan kepada kemaskini yang akan tiba untuk permainan ini iaitu versi 2.0.

Stormgate

Frost Giant Studios telah berkongsi treler untuk Stormgate iaitu permainan strategi masa nyata yang boleh dimainkan secara percuma. Buat masa ini ia masih tidak mempunyai tarikh pelancaran akan tetapi akan tiba untuk PC.

Last Epoch

Eleventh Hour Games telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Last Epoch akan tiba pada 7 September 2023 yang menyertakan hero baharu. Permainan ini sudah dilancarkan secara akses awal sejak tahun 2018.

Marvel Snap

Second Dinner telah mengumumkan versi penuh untuk Marvel Snap kini dilancarkan yang akan menyertakan sokongan skrin lebar untuk memberikan pengalaman yang lebih baik. Anda sudah boleh muat turun Marvel Snap untuk PC di Steam.

Armored Core VI

FromSoftware telah berkongsi treler baharu untuk Armored Core VI Fires of Rubicon, iaitu permainan aksi mecha yang akan dikeluarkan pada 25 Ogos 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Warhaven

Nexon telah mengumumkan yang Warhaven iaitu permainan multi-pemain bertempur mereka akan dikeluarkan pada 21 September 2023 untuk PC dan boleh dimainkan secara percuma. Mereka juga berkongsi treler pelancaran.

Mortal Kombat 1

NetherRealm Studios telah berkongsi treler baharu untuk Mortal Kombat 1 dan memperlihatkan secara lanjut tatamain termasuk juga bagi watak Sindel dan Shao Kahn. Mortal Kombat 1 akan dikeluarkan pada 19 September 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

ARA History Untold

Oxide Games telah berkongsi treler tatamain untuk permainan strategi mengikut turutan iaitu ARA History Untold. Ia akan tiba pada tahun 2024 untuk PC melalui Steam dan juga PC Game Pass.

Diablo IV Season of Blood

Blizzard telah mengumumkan yang musim kedua untuk Diablo IV digelar sebagai Season of Blood dan akan tiba pada 17 Oktober 2023. Musim ini akan memerlukan pemain untuk menemani Erys yang disuarakan oleh Gemma Chan untuk melawan vampire.

Dustborn

Red Thread Games dan Quantic Dream telah berkongsi treler untuk permainan pengembaraan mereka iaitu Dustborn yang akan dikeluarkan pada tahun 2024 untuk konsol dan juga PC. Permainan ini memfokuskan kepada sekumpulan pengembara yang mengembara di Amerika Syarikat yang tidak bersatu.

Thank Goodness You’re Here

Coal Supper bersama dengan penerbit Panic telah berkongsi treler untuk permainan pengembaraan komedi Thank Goodness You’re Here yang akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Nintendo Switch dan PC pada tahun 2024.

Alan Wake II

Remedy Entertainment telah berkongsi treler aksi nyata untuk Alan Wake II, iaitu permainan pengembaraan seram yang akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada 27 Oktober 2023.

Sohor Kini