Free Fire Menerima Kempen Rampage Yang Terakhir – Rampage: Finale

Garena telah mengumumkan yang kempen Rampage akan kembali di dalam permainan battle royale mereka Free Fire buat kali kelima dan juga yang terakhir iaitu Rampage: Finale yang akan membawa penceritaan baharu memfokuskan pertelingkahan di antara Rampage dan Horizon.

Pemain boleh memilih di antara dua kumpulan dan undi untuk menentukan pengakhiran yang akan menjadi penutup bagi kempen ini pada 1 September 2023.

Pemain boleh mengikuti penceritaan kempen ini dengan menonton filem dan juga video untuk penceritaan sebelum-sebelum ini yang bermula dari tahun 2019 lagi.

Sepanjang kempen ini, pemain juga boleh dapatkan barangan kosmetik khas seperti Ink Stroke Bundle, Ink Hyperbook dan Mars Warclasher Bundle. Pemain juga boleh mencuba mod baharu Rampage PvP yang berlangsung sehingga 23 Ogos 2023.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini