Microsoft hari ini telah mengumumkan yang apabila pengambil-alihan Activision Blizzard selesai, hak untuk menyediakan perkhidmatan penstriman bagi permainan daripada penerbit tersebut akan diberikan kepada Ubisoft berbanding diuruskan oleh mereka sendiri.

Bersama dengan pengumuman tersebut, Ubisoft juga telah mengumumkan yang permainan-permainan Activision Blizzard akan ditawarkan melalui Ubisoft+ bagi permainan sedia ada dan juga permainan-permainan yang akan tiba dalam masa 15 tahun. Ubisoft juga mengumumkan yang permainan Activision Blizzard akan disertakan di dalam Ubisoft+ Multi Access dan Ubisoft+ Classics.

Microsoft mengambil langkah ini untuk memenuhi permintaan Badan Persaingan dan Pasaran UK (CMA) yang menyekat pengambil-alihan Activision Blizzard dengan alasan menjejaskan pasaran penstriman permainan video.

Langkah ini menurut Microsoft akan memastikan mereka tidak mempunyai hak eksklusif untuk menyediakan penstriman bagi permainan-permainan Activision Blizzard, dengan Ubisoft yang akan mengendalikan hak tersebut bagi pasaran luar Eropah.

Sohor Kini