PlayStation Asia telah mengumumkan yang Marvel’s Spider-Man 2 akan menerima bahasa Indonesia, Thai dan juga Vietnam bagi teks di dalam permainan tersebut, dengan kata lain untuk bahagian UI dan juga sari kata.

Ini menjadikan permainan Spider-Man pertama yang menerima tiga bahasa ini, dua permainan Spider-Man sebelum ini hanya menyokong bahasa Korea dan Jepun untuk pasaran Asia.

Marvel’s Spider-Man 2 akan dilancarkan pada 20 Oktober 2023 secara eksklusif untuk PlayStation 5.

Sohor Kini