Skip to main content

Nintendo hari ini telah mengumumkan yang Charles Martinet iaitu pelakon suara yang bertanggungjawab memberi suara ikonik kepada Mario tidak lagi akan menyuarakan watak tersebut untuk kandungan dan permainan akan datang.

Sebaliknya beliau akan menjadi Duta Mario dan akan masih lagi melawat pelbagai tempat untuk berkongsi mengenai Mario dengan peminat.

Charles Martinet telah menjadi suara untuk Mario sejak daripada Super Mario 64 lagi iaitu 27 tahun yang lepas. Walaupun tidak menjadi pelakon suara untuk Mario di dalam The Super Mario Bros. Movie yang disuarakan oleh Chris Pratt, beliau menjadi pelakon suara untuk bapa Mario dan Giuseppe iaitu watak kecil di dalam filem tersebut.

Nintendo juga mengatakan akan hadir dengan video khas melibatkan Shigeru Miyamoto dan Charles Martinent.

Leave a Reply