Xbox hari ini telah hadir dengan cara rasmi untuk menghias konsol Xbox Series X iaitu pembalut ataupun “Xbox Series X Console Wrap”. Melalui pembalut ini, ia akan memberikan rekaan berbeza kepada konsol anda tanpa perlu membeli konsol baharu.

Semasa pelancaran ini, mereka hadir dengan tiga rekaan iaitu rekaan Starfield yang akan tiba pada 18 Oktober di US, Kanada dan Eropah dan ditawarkan dengan harga $49.99. Dua lagi rekaan adalah Arctic Camo dan Mineral Camo yang akan tiba pada 10 November dan ditawarkan dengan harga $44.99 di US dan Kanada.

Menurut Xbox, mereka telah menghasilkan pembalut ini menggunakan material berkualiti tinggi dan telah memastikan yang tiada bahagian daripada pembalut ini akan menjejaskan penggunaan Xbox Series X tersebut.

Sohor Kini