Skip to main content

Selepas berakhirnya Summer Game Fest bulan Jun lepas, perhatian akan beralih pula ke acara utama yang seterusnya untuk permainan video iaitu Gamescom yang akan berlangsung secara digital dan juga fizikal di Cologne, Jerman.

Seperti tahun-tahun lepas, Gamescom ini akan bermula dengan Acara Malam Pembukaan ataupun Gamescom 2023 Opening Night Live, selain itu terdapat juga beberapa acara lain seperti Level Infinite, Future Games Show dan Awesome Indies 2023.

Berikut adalah jadual untuk setiap penstriman dan juga pautan video (jika ada);

Gamescom Opening Night Live | 1 Pagi, 23 Ogos 2023

Into the Infinite: A Level Infinite Showcase | 1 Pagi, 24 Ogos

Future Games Show @ Gamescom 2023 | 1.30 Pagi, 24 Ogos

https://www.youtube.com/watch?v=AHOu84ENFeo

Awesome Indies 2023 | 2 Pagi, 24 Ogos

Awesome Indies masih tidak mempunyai sebarang pautan untuk penstriman, namun kebiasaannya ia akan disiarkan di saluran rasmi Gamescom.

Leave a Reply