Skip to main content

Remedy Games telah mengumumkan yang permainan Alan Wake 2 kini akan dilancarkan pada 27 Oktober berbanding 17 Oktober tarikh sebelum ini. Mereka mengatakan yang ia adalah untuk memberi peluang pemain bermain permainan-permainan lain.

Seperti bulan Ogos dan juga September, bulan Oktober juga adalah satu bulan yang sibuk dengan pelbagai pelancaran permainan video. Jika Alan Wake 2 dikeluarkan pada 17 Oktober, ia akan bersaing dengan Marvel’s Spider-Man 2 dan Super Mario Bros. Wonder yang dikeluarkan pada 20 Oktober.

Mereka sebelum ini telah mengumumkan yang Alan Wake 2 akan menyertakan dua watak protagonis yang boleh dikawal oleh pemain iaitu Alan Wake sendiri dan Saga Anderson.

Alan Wake 2 akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Leave a Reply