Acer Malaysia telah mengumumkan yang Predator Triton 17 X dilancarkan secara rasmi di Malaysia iaitu laptop yang dihasilkan untuk pemain permainan video dan juga pekerja profesional.
Predator Triton 17 X ini dikuasakan dengan pemprosesan Intel Core i9 (Generasi Ke-13), NVIDIA GeForce RTX 4090 bersama dengan 64GB DDR5 RAM dan 4TB SSD untuk storan.

Laptop ini juga dilengkapi dengan skrin 17-inci WQXGA dengan panel mini-LED yang menyokong kadar segar semula sehingga 250Hz dan tahap kecerahan tertinggi sebanyak 1000 nits.
Predator Triton 17 X ini sudah boleh didapatkan di Acer eStore dan Acer Concept store di IOI City Mall dengan harga RM18,999. Setiap pembelian sehingga 31 Ogos akan mendapat RM250 kredit Touch ‘n Go dan Overwatch 2 kod.