Pra-Pendaftaran Teamfight Tactics Mobile Dibuka Untuk iOS Dan Android

Riot Games hari ini telah membuka sesi pra-pendaftaran untuk Teamfight Tactics Mobile iaitu versi permainan mudah alih untuk permainan auto-battler mereka. Anda boleh melakukannya melalui App Store ataupun Play Store dan juga laman rasmi untuknya.

Bergantung kepada jumlah pra-pendaftaran, pemain akan mendapat pelbagai ganjaran apabila permainan ini dilancarkan kelak. Permainan ini akan dilancarkan di Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Hong Kong dan Macau.

Teamfight Tactics Mobile ini akan menjadi permainan mudah alih ketiga yang diterbitkan oleh Riot Games sendiri di benua ini, menyertai Legends of Runeterra dan League of Legends: Wild Rift. Mereka juga menjadi penerbit sendiri untuk League of Legends, Valorant dan Teamfight Tactics PC selepas tidak lagi melalui Garena.

Teamfight Tactics Mobile sudah dilancarkan sebelum ini tetapi tidak secara rasmi di benua ini. Bagi pemain yang sudah bermain di benua lain dan ingin memindahkan akaun ke benua ini, Riot Games mengatakan yang mereka sedang mengkaji cara terbaik untuk perkara tersebut.

Sohor Kini