Bethesda telah mengumumkan yang Starfield sudah siap dibangunkan dan mereka juga mengumumkan pra-muat untuk permainan tersebut akan bermula pada 17 Ogos untuk Xbox Series dan 30 Ogos untuk PC melalui Steam.
Selain itu, mereka juga telah menganjurkan sesi soal jawab bersama dengan pemain dan telah berkongsi beberapa maklumat terbaru antaranya adalah anda boleh membeli hartanah di kesemua bandar di dalam permainan ini.
Ia juga akan menyertakan lebih 20 watak yang boleh dijemput untuk menyertai pengembaraan anda, di mana setiap daripada mereka juga boleh ditugaskan untuk menjaga outpost. Starfield juga akan mempunyai sistem penjara dan mengatakan ia adalah seperti Skyrim berbanding Fallout 4.
Misi-misi yang terdapat di dalam permainan ini dikatakan mengambil inspirasi daripada Star Wars, Battlestar Galactica, dan Interstellar.
Starfield akan dikeluarkan pada 6 September 2023 untuk Xbox Series dan PC.