Rockstar Games hari ini telah mengumumkan yang mereka mengambil alih Cfx.re iaitu pasukan yang membangunkan perisian untuk memainkan permainan-permainan dalam talian di pelayan sendiri.
Dua perisian utama mereka adalah FiveM untuk Grand Theft Auto V dan RedM untuk Red Dead Redemption 2.
Perisian mereka telah menjadi bahagian yang penting bagi komuniti ‘roleplay‘ untuk kedua-dua permainan tersebut.
Pengambil-alihan ini menjadi satu perkara yang agak penting dan memperlihatkan yang Rockstar Games sendiri akan menyokong komuniti roleplay untuk permainan-permainan mereka.
Menurut Rockstar Games, mereka kini membenarkan mod-mod untuk roleplay disertakan secara rasmi di dalam permainan mereka. Selain itu, dengan bekerjasama dengan Cfx.re, mereka dapat memberikan cara yang baharu untuk menyokong komuniti ini.