Skip to main content

Ascendant Studios telah mengumumkan yang permainan sulung mereka iaitu Immortals of Aveum kini siap dibangunkan dan bersedia untuk dilancarkan pada 22 Ogos ini. Mereka sebelum ini telah menunda pelancaran bagi permainan ini yang sepatutnya pada bulan Julai.

Immortals of Aveum adalah permainan aksi pengembaraan FPS menggunakan magis oleh studio indie yang ditubuhkan oleh Bret Robbins yang sebelum ini pernah menjadi Pengarah Kreatif untuk Dead Space dan juga kempen bagi Call of Duty,

Permainan ini menggabungkan penceritaan cinematic, dunia fantasi dan pertempuran menggunakan magis yang pantas dan sepenuhnya perlu dimainkan secara solo dengan tanpa elemen multi-pemain disertakan.

Permainan ini dilancarkan melalui program EA Originals dan akan tiba untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui EA App, Steam dan Epic Games Store.

Leave a Reply