Bethesda hari ini telah melancarkan Quake II versi penambah-baikkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Ia juga disertakan di dalam Game Pass.
Quake II akan menyertakan penambah-baikkan untuk grafik, termasuk juga menyokong paparan ultra-lebar.
Selain kandungan asal dan juga penambahan yang tiba sebelum ini iaitu Mission Pack: The Reckoning dan Mission Pack: Ground Zero, ia juga akan menerima penambahan baharu dibangunkan oleh MachineGames iaitu Call of the Machine yang menyertakan 28 kempen bersama dengan satu peta untuk Deathmatch.
Quake II ini juga akan menyokong sesi multi-pemain, secara setempat ataupun dalam talian dan menyokong fungsi rentas-platform. Selain bermain secara koperasi sehingga 4 pemain, terdapat juga mod Deathmatch, Team Deatmatch dan Capture the Flag sehingga 16 pemain.
Pemilik Quake II di PC melalui GOG ataupun Steam juga akan mendapat versi baharu ini secara percuma. Selain itu, versi Quake II 64 juga akan disertakan bersama yang sebelum ini dilancarkan untuk Nintendo 64.