EA bermula pada tahun ini telah menggunakan nama baharu untuk permainan simulasi bola sepak mereka iaitu EA Sports FC, perubahan tersebut juga turut memberi kesan kepada permainan mudah alih mereka iaitu FIFA Mobile yang kini dikenali sebagai EA Sports FC Mobile.

Mereka juga mengumumkan yang edisi baharu ini akan tiba secara rasmi pada 26 September 2023, pemilik permainan tidak perlu memuat turun permainan baharu, sebaliknya ia akan dikemaskini secara sendiri.

EA Sports FC Mobile akan menyertakan beberapa perubahan antaranya ‘True Player Personality’ yang akan memberikan gaya berlari, menendang dan menyambut jaringan seperti pemain sebenar. Selain itu, ‘Dynamic Game Speed’, ‘Elite Shooting System’ dan ‘Impact Controls’ juga akan disertakan.

Sebelum pelancaran pada bulan depan, pemain boleh memuat turun ataupun membukan FIFA Mobile untuk menyertai acara ‘Founder’ yang akan memberikan gelaran FC Mobile Founder bersama dengan beberapa barangan di dalam permainan.

Selain FIFA Mobile, FIFA Online juga kini digelar sebagai EA Sports FC Online.

Sohor Kini