Ubisoft telah mengumumkan yang lima permainan Assassin’s Creed iaitu Assassin’s Creed II, Brotherhood, Revelation, Black Flag dan Valhalla boleh dicuba secara percuma bermula hari ini sehingga 14 Ogos 2023.
Sepanjang sesi percubaan ini, pemain boleh mencuba permainan penuh dan fail simpanan juga boleh dibawa ke permainan penuh jika pemain membelinya.
Penawaran ini adalah untuk kesemua platform iaitu PlayStation, Xbox dan PC melalui Ubisoft Store dan juga Epic Games Store. Bersama dengan sesi ‘Free Weekend’ ini, mereka juga telah mengumumkan tawaran promosi untuk permainan-permainan Assassin’s Creed seperti berikut;
Anda boleh layari laman rasmi Ubisoft untuk maklumat-maklumat lanjut mengenai tawaran ini.