PlayStation hari ini telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam katalog PlayStation Plus yang khusus untuk pelanggan Deluxe dan juga Extra. Kesemua permainan ini akan tiba pada 15 Ogos kecuali Sea of Stars yang akan dilancarkan pada 29 Ogos 2023.
Berikut adalah permainan-permainan yang akan disertakan;
Bagi pelanggan PlayStation Deluxe, pelanggan juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation Classic dan berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini;
PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.
PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe.