Skip to main content

Sony hari ini telah mengumumkan prestasi kewangan mereka bagi suku pertama untuk tahun fiskal 2023/2024, bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi jumlah terbaru PlayStation 5 diedarkan.

Mereka sebelum ini telah mengumumkan yang PlayStation 5 telah terjual sebanyak 40 juta unit, oleh itu tidak mengejutkan jika jumlah yang diedarkan melebihi 40 juta unit. Sepanjang tiga bulan lepas, PlayStation 5 telah diedarkan sebanyak 3.3 juta unit menjadikan jumlah keseluruhan 41.7 juta unit setakat Jun 2023.

Bagi jumlah permainan terjual, untuk suku lepas, 56.5 juta unit terjual dengan 6.6 juta unit adalah permainan dari mereka sendiri. Daripada jumlah tersebut, 72% adalah pembelian permainan secara digital.

Pengumuman untuk suku ini mereka tidak berkongsi jumlah pelanggan PlayStation Plus yang sebelum ini adalah 47.4 juta pelanggan. Manakala jumlah pemain yang aktif adalah 108 juta pemain sama dengan suku sebelum ini.

Leave a Reply