Acer Malaysia hari ini telah menawarkan secara rasmi model terbaru untuk Acer Nitro 16 iaitu laptop yang khusus untuk permainan video. Model yang tiba bermula hari ini dikuasakan dengan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 atau AMD Ryzen 9 dan juga siri kad grafik NVIDIA RTX 40.
Mereka mengumumkan tiga model untuk Acer Nitro 16 baharu ini, harga dan spesifikasi adalah seperti berikut;
Model | AN16-41-R47N | AN16-41-R5ZW | AN16-41-R39F |
CPU | AMD Ryzen 7-7840HS | AMD Ryzen 7-7840HS | AMD Ryzen 9-7940HS |
GPU | NVIDIA GeForce RTX 4050 (6GB VRAM) | NVIDIA GeForce RTX 4060 (8GB VRAM) | NVIDIA GeForce RTX 4070 (8GB VRAM) |
RAM | 16GB RAM | 16GB RAM | 32GB RAM |
Storan | 512GB SSD | 512GB SSD | 1TB SSD |
Harga | RM5,799 | RM6,399 | RM7,999 |
Kesemua model ini dilengkapi dengan paparan 16″, 2560 x 1600, panel IPS dengan sokongan kadar segar semula sehingga 165Hz. Bateri dengan ketahanan sehingga 10 jam dan berat 2.7 kg.
Bersempena dengan Acer Day yang sedang berlangsung sekarang, pembeli yang mendapatkan laptop ini sebelum 17 Ogos 2023 akan turut mendapat Cectus 335 Gaming Mouse dan Predator Gaming Urban Backpack V2. Selain itu, pembeli juga boleh menebus kredit Touch ‘n Go berniali sehingga RM250 dan berpeluang untuk memenangi hadiah dengan nilai terkumpul sebanyak RM100 ribu.