Filem kelima dengan kutipan tertinggi bagi tahun ini iaitu Spider-Man: Across the Spider-Verse kini boleh didapati secara digital melalui iTunes Store untuk peranti Apple dan juga Play Store untuk Android.
Di iTunes Store filem ini ditawarkan dengan harga RM54.90 untuk membeli secara terus, manakala sewa akan ditawarkan bulan depan. Berkas untuk Spider-Man: Into the Spider-Verse dan Spider-Man: Across the Spider-Verse juga ditawarkan dengan harga RM79.90.
Manakala di Play Store ia boleh dibeli dengan harga RM68 untuk SD dan RM90 untuk HD, manakala untuk sewa adalah RM55 untuk HD.
Spider-Man: Across the Spider-Verse ditayangkan pada 2 Jun lepas dan telah membuat kutipan $683 juta di pawagam menjadi antara filem paling berjaya untuk tahun ini dan menjadi filem animasi kedua di dalam 10 filem dengan kutipan tertinggi selepas The Super Mario Bros. Movie.
Filem ini meneruskan kualiti animasi yang sangat baik di dalam filem pertama dan dikembangkan lagi dengan penceritaan menarik walaupun tergantung di bahagian akhir kerana merupakan bahagian pertama daripada dua bahagian untuk penutup siri filem ini.
Anda boleh baca ulasan kami – Ulasan Spider-Man: Across the Spider-Verse.