Behaviour Interactive telah mengumumkan kolaborasi seterusnya untuk permainan Dead by Daylight mereka adalah bersama dengan Alien iaitu francais fiksyen sains seram yang dimulakan oleh Ridley Scott pada tahun 1979.
Dead by Daylight Alien ini akan tiba pada 29 Ogos 2023 dan anda boleh tonton treler untuknya di bawah.
Mereka juga telah mengesahkan yang melalui kolaborasi ini, Ridley akan disertakan sebagai Survivor yang mempunyai kebolehan seperti dapat berlari dengan senyap dan juga hentikan daripada darah mengalir semasa menyorok di dalam locker.
Manakala Xenomorph akan disertakan sebagai Killer yang mempunyai kebolehan seperti dapat bergerak menggunakan keempat-empat kaki mengurangkan Terror Radius.
Dead by Daylight sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC, ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series melalui keserasian belakang.