The Pokemon Company ketika Pokemon Presents telah mengumumkan yang DLC pertama bagi permainan Pokemon Scarlet & Violet iaitu ‘The Hidden Treasure of Area Zero Part 1: The Teal Mask’ akan tiba pada 13 September 2023.
Di dalam penambahan The Teal Mask, pemain akan mengikuti lawatan sekolah ke Kitakami iaitu satu gunung, festival juga akan berlangsung di penempatan berhampiran dengan gunung tersebut. DLC ini juga akan menyertakan Pokemon baharu seperti Munkidori, Okidogi, Fezandipiti, Ogerpon dan Dipplin.
Treler di atas juga memperlihatkan The Indigo Disk iaitu bahagian kedua bagi DLC ini yang akan tiba pada hujung tahun ini.
Pokemon Scarlet & Violet sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch.