Capcom telah mengumumkan acara kolaborasi untuk permainan perlawanan mereka iaitu Street Fighter 6 bersama dengan Teenage Mutant Ninja Turtles. Kolaborasi ini bermula pada 8 Ogos yang memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan pelbagai barangan kosmetik.
Antara kandungan yang disertakan adalah kostum berdasarkan keempat-empat Ninja Turtle iaitu Leonardo, Donatello, Raphel dan Michelangelo. Kostum ini bukanlah untuk digunakan semasa pertempuran tetapi avatar untuk pemain di hab dalam talian sahaja. Setiap kostum ini boleh didapatkan dengan menebus 750 Fighter Coins.
Selain itu, terdapat juga bingkai gambar, wallpaper, taunt dan juga pelekat yang setiapnya boleh ditebus dengan harga 100 Fighter Coins. Fighter Coins boleh didapatkan dengan bermain ataupun membeli melalui pembelian di dalam permainan.
Street Fighter 6 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam.