Rockstar Games telah mengumumkan yang Red Dead Redemption akan dilancarkan untuk PlayStation 4 dan juga Nintendo Switch pada 17 Ogos 2023 secara digital dengan pelancaran secara fizikal bermula pada 13 Oktober.

Bersama dengan permainan asas, versi ini juga akan menerima penambahan Undead Nightmare tetapi tanpa mod multi-pemain. Permainan ini dikatakan satu port sahaja daripada konsol PS3 serta Xbox 360 dan bukan olahan semula ataupun penambah-baikkan.

Namun, ia sudah semestinya mengecewakan yang tiada pelancaran untuk versi khusus bagi PlayStation 5 dan juga tidak dikeluarkan untuk PC. Red Dead Redemption sudah boleh dimainkan di Xbox One dan juga Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini