Activision akhirnya mengesahkan yang permainan Call of Duty seterusnya adalah Modern Warfare III iaitu permainan susulan kepada Modern Warfare II yang dikeluarkan pada tahun lepas. Modern Warfare III ini akan dilancarkan pada 10 November 2023.
Buat masa ini mereka sekadar berkongsi treler acah yang anda boleh tonton di bawah.
Siri baharu untuk Modern Warfare ini bermula pada tahun 2019 dengan Call of Duty: Modern Warfare, diikuti Modern Warfare II pada tahun lepas yang merupakan pelancaran terbesar di PlayStation pada waktu itu.
Buat masa ini platform tidak diumumkan tetapi dijangkakan akan tiba untuk PlayStation, Xbox dan juga PC.