Prime Video telah berkongsi adegan pertama daripada episod pertama untuk The Wheel of Time Musim 2 yang akan mula disiarkan pada 1 September 2023. Adegan ini boleh ditonton di episod terakhir untuk musim pertama.

Seperti diumumkan sebelum ini, musim kedua ini akan meneruskan penceritaan daripada musim pertama, dan akan mengadaptasi novel kedua iaitu The Great Hunt dan juga sedikit daripada novel ketiga, The Dragon Reborn.

Prime Video juga sebelum ini telah mengesahkan yang The Wheel of Time akan menerima musim ketiga. Sumber untuk siri ini iaitu novel The Wheel of Time oleh Robert Jordan mempunyai 14 buku buat masa ini.

Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.

Sohor Kini