HoYoverse hari ini telah mengumumkan yang Genshin Impact Versi 4.0 “As Light Rain Falls WIthout Reason” akan dilancarkan pada 16 Ogos 2023 yang antaranya akan membawa negara kelima di dalam permainan ini iaitu Fontaine.
Fontaine merupakan negara yang terkenal dengan sistem undang-undangnya, ia juga hab untuk budaya, seni dan teknologi. Bertempat di timur laut Sumeru, Fontaine diperintah oleh Focalors iaitu Hydro Archon.
Bersama kemaskini ini, Archon Quest baharu akan tiba di mana pemain akan melihat persembahan magis oleh Lyney dan Lynette dan juga pembicaraan yang sedang berlaku. Sebagai negara yang dikelilingi dengan air, kemaskini juga memperkenalkan pengembaraan di dalam air.
Tiga watak baharu yang akan tiba melalui versi 4.0 ini adalah adik beradik Lyney, Lynette dan Freminet. Lyney yang paling tua merupakan watak 5 bintang, menggunakan panah dengan elemen Pyro. Dia boleh berubah menjadi Grin-Malkin Cat dan mengeluarkan bunga api semasa bertempur.
Lyneette dan juga Freminet pula adalah watak 4 bintang yang menggunakan pedang dan claymore dengan elemen Anemo dan Cyro. Lyneete boleh didapatkan secara percuma dengan melakukan acara masa terhad.
Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.