Respawn Entertainment dan EA telah mengumumkan yang musim baharu untuk Apex Legends iaitu Apex Legends: Resurrection akan bermula pada 9 Ogos 2023 yang antaranya menyertakan pembaharuan untuk Revenant dan juga Death Dynasty Collection Event.
Bagi Legends Revenant, Respawn telah memberikan perubahan untuk kebolehannya seperti berikut;
- Pasif – Assassin’s Intinct: Revenant dapat melihat lawan yang mempunyai nyawa yang rendah, crouch walk juga kini lebih pantas dan mendaki juga menjadi lebih baik.
- Tactical – Shadow Pounce: Membolehkan Revenant mendekati lawan dengan cepat
- Ultimate – Forged Shadows: Shadows akan membentuk keliling Revenant yang memberi perisai dan menyembuh. Shadows dan Tactical juga akan dijana semula selepas melakukan knockdown.
Mixtape untuk musim ini akan berlangsung di Broken Moon dan membawa beberapa mod permainan seperti Gun Run dan Team Deathmatch.
Acara masa terhad Death Dynasty Collection Event juga diumumkan dan pemain boleh mendapat gandaan XP sepanjang acara ini iaitu bermula 9 sehingga 16 Ogos dan juga 16 sehingga 23 Ogos melalui Mixtape.
Seperti biasa, bersama dengan musim baharu ini, Pas Semusim baharu juga tiba yang akan menyediakan pelbagai barangan kosmetik.
Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.