Skip to main content

Deep Silver dan Volition telah mengumumkan yang Saints Row akan dikeluarkan di Steam pada 24 Ogos 2023 iaitu setahun selepas dikeluarkan secara eksklusif di Epic Games Store untuk versi PC. Anda boleh meletakkan di senarai hajat melalui pautan ini.

Saints Row merupakan permainan terbaru di dalam siri ini yang juga menjadi olahan dan juga permulaan semula untuknya. Melalui ulasan kami sebelum ini, kami merasakan yang ia permulaan yang baharu tetapi masih banyak perkara yang terasa lama menjadikannya kurang segar dan menarik.

Anda boleh baca ulasan penuh kami di pautan berikut; Ulasan Saints Row.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang penambahan ketiga bagi permainan ini iaitu A Song of Ice and Dust akan dilancarkan pada 8 Ogos ini. Di dalam penambahan ini, Bossonius dan Gwendolyn Firebird akan bersama untuk mempertahankan DustFaire daripada lawan baharu.

Saints Row sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Leave a Reply