Jujutsu Kaisen Memasuki Fortnite Tidak Lama Lagi

Fortnite sering menerima kandungan-kandungan berdasarkan anime ataupun manga seperti Naruto dan Dragon Ball. Terbaru melalui perkongsian oleh Barbie di media sosial X, beberapa watak Jujutsu Kaisen diperlihatkan akan disertakan di dalam permainan battle royale tersebut.

Tiga watak yang diperlihatkan adalah Nobara Kugisaki, megumi Fushiguro dan Satoru Gojo. Dengan Yuji Itadori juga berkemungkinan besar akan tiba bersama selaku watak utama siri ini. Buat masa ini tidak disahkan lagi bila watak-watak Jujutsu Kaisen ini akan menyertai Fortnite, tetapi ramai yang menjangkakan ia akan tiba bersama dengan musim baharu iaitu pada akhir bulan depan.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Android tetapi bukan melalui Play Store.

Sohor Kini