Amazon Studios dan Bethesda telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan aksi nyata Fallout yang akan ditayangkan secara eksklusif di Prime Video. Pengumuman tersebut dilakukan pada tahun 2020 dan sekadar menerima nama penulis sahaja tanpa maklumat lanjut yang dikongsi.
Terkini, akaun X, Xbox News telah berkongsi gambar penggambaran untuk siri ini yang memperlihatkan logo Vault Tech dan juga seorang pelakon yang memakai pakaian Raider.
Siri ini akan diselia oleh Robertson-Dworet dan Graham Wagner, ditulis oleh Jonathan Nolan yang juga akan menjadi pengarah untuk sekurang-kurangnya episod pertama dan juga Lisa Joy. Antara senarai pelakon adalah Moises Arias, Johnny Pemberton, Aixa Kendrick, dan Walton Goggins.
Siri ini dijangka tiba pada tahun 2023 dan akan mempunyai 10 episod untuk musim pertama.