Mattel bersama dengan pembangun Milestone telah mengumumkan kolaborasi dengan Universal Games untuk menyertakan kandungan di dalam permainan akan datang mereka Hot Wheels Unleashed 2 – Turbocharged.

Seperti yang diperlihatkan di dalam treler di atas, kereta pertama yang akan disertakan adalah Doge Charger SRT, antara kereta ikonik untuk siri ini. Tambahan kandungan termasuk juga kereta akan disertakan selepas pelancaran.

Hot Wheels Unleashed 2 merupakan permainan susulan kepada Hot Wheels Unleashed dan akan menyertakan penambahan mekanik , persekitaran, jenis kereta dan mod permainan. Hot Wheels Unleashed 2 ini dilancarkan dengan lebih 130 kereta termasuk juga motosikal dan ATV.

Ia akan dikeluarkan pada 19 Oktober 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan juga PC.

Sohor Kini