Sony Pictures hari ini telah mengumumkan penukaran tarikh untuk beberapa filem mereka. Ada filem yang diawalkan dan ada juga filem yang ditunda, termasuk juga yang tidak menerima sebarang tarikh tayangan baharu.
Berikut adalah senarai filem dan juga tarikh tayangan baharu;
Filem yang tidak menerima tarikh baharu adalah Spider-Man: Beyond the Spider-Verse yang sepatutnya tiba pada bulan Mac tahun depan. Namun, dengan mogok pelakon yang sedang berlaku, mereka tidak dapat melakukan rakaman suara.
Tarikh baharu untuk Beyond the Spider-Verse akan ditentukan bergantung kepada status mogok ini. Melihat kepada senarai filem-filem Sony Pictures mereka berkemungkinan menyasarkan bulan Mei ataupun September tahun depan.
Filem lain yang tidak lagi mempunyai tarikh tayangan adalah They Listen yang sepatutnya tiba pada 30 Ogos 2024.