Puss in Boots: The Last Wish Tiba Di HBO Go Bulan Depan

HBO Go telah mengumumkan beberapa filem baharu yang akan disertakan di dalam perkhidmatan tersebut, antaranya adalah Babylon dan Halloween End. Selain itu, mereka juga mengumumkan filem animasi Puss in Boots: The Last Wish akan tiba pada 19 Ogos 2023.

Puss in Boots: The Last Wish adalah filem animasi yang dikeluarkan pada akhir tahun lepas, ia merupakan filem kedua untuk Puss in Boots yang merupakan watak diperkenalkan di dalam siri filem Shrek.

Kami sebelum ini telah mengeluarkan ulasan untuk filem ini dan berpendapat filem ini penuh dengan komedi tanpa henti yang pasti menggelikan hati. Ia juga seronok untuk ditonton dan memberi pengalaman yang memuaskan – Ulasan Puss In Boots: The Last Wish – Boleh Ketawa Tanpa Henti!.

HBO GO boleh dilanggan pada harga RM69.90 untuk tiga bulan.

Sohor Kini