Lando Calrissian adalah pemilik asal Millennium Falcon dan juga merupakan rakan kepada Han Solo. Watak ini diperkenalkan dalam filem Star Wars: The Empire Strikes Back dan kemudian kembali dalam Return of the Jedi. Dalam dua filem ini Lando dilakonkan oleh Billy Dee Williams.
Pada tahun 2018, Solo iaitu filem prekuel mengenai kisah Han Solo – Lando versi muda dipertontonkan dan kali ini dilakonkan oleh Dolnald Glover. Terbaru, Variety melaporkan yang siri TV Lando untuk Disney+ akan diteruskan.

Siri ini akan ditulis sendiri oleh Donald Glover dan adik beliau Stephen Glover. Sebelum ini Justin Simien iaitu pengarah filem Haunted Mansion tetapi telah ditarik keluar daripada projek Lando ini. Buat masa ini siapa yang akan terlibat dalam Lando dan bila ia akan disiarkan masih belum diketahui.
Sumber – Variety