Jim Ryan iaitu Presiden dan CEO untuk Sony Interactive Entertainment hari ini telah mengumumkan yang PlayStation 5 telah terjual sebanyak 40 juta unit sejak dilancarkan pada bulan November tahun 2020.
Kali terakhir kami melaporkan mengenai jualan PlayStation 5 adalah pada bulan April lepas, di mana ia telah diedarkan sebanyak 38.4 juta unit. Ini dengan kata lain, PlayStation 5 telah diedarkan sekurang-kurangnya 1.6 juta unit untuk tiga bulan lepas.
Jim Ryan juga mengatakan yang walaupun berdepan dengan masalah rantaian sumber akibat pandemik Covid-19 sebelum ini, mereka ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain yang terus bersabar dan dengan bekalan PS5 sudah ‘pulih’, mereka kini dapat memenuhi permintaan untuk konsol tersebut.
Di dalam pengumuman yang sama, beliau juga berkongsi mengatakan yang kini terdapat lebih 4500 permainan untuk PS5 dan berkongsi senarai 40 permainan terbaik berdasarkan undian oleh komuniti;