Milkyweh iaitu pembangun permainan tempatan telah melancarkan permainan baharu mereka iaitu Rumi: Jawiventure yang merupakan permainan pengembaraan dengan elemen pendidikan.
Di dalam permainan ini, pemain akan melalui beberapa peringkat dan bertempur dengan penjahat. Senjata di dalam permainan ini adalah mengeja perkataan Bahasa Melayu menggunakan jawi dalam masa yang terhad.
Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 6 sehingga 15 tahun, tetapi juga boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengasah penggunaan jawi mereka.
Rumi: Jawiventure boleh dimuat turun secara percuma untuk iOS dan juga Android. Permainan ini juga boleh dipasang di Mac yang menggunakan cip silikon Apple.