Garena telah mengumumkan yang sejak permainan mudah alih Undawn dilancarkan di benua ini pada bulan lepas, ia telah menerima 1 juta muat turun melalui App Store dan juga Google Play. Bagi meraikan kejayaan ini, mereka telah menganjurkan Raven Festival.
Raven Festival yang akan berlangsung bermula pada 24 sehingga 28 Julai ini akan menyertakan pelbagai acara komuniti dan juga giveaway untuk mendapatkan jacket, beg, dan kupon.
Selain itu, untuk menyambut sebulan pelancaran permainan ini, mereka juga akan menganjurkan acara Monthsary yang akan bermula pada 29 Julai sehingga 13 Ogos yang akan memberi peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan di dalam permainan termasuk juga hiasan senjata Scarlet AK47 Finish.
Pemain yang baru mendaftar pada 29 sehingga 31 Julai juga akan mendapat barangan percuma seperti Silicon Carbide Particles, Armor Plate Supply Crate dan lain-lain lagi.
Pemain juga boleh tonton pelbagai kandungan yang melibatkan pencipta kandungan seperti Soloz, Fredo, dan DaddyHood sepanjang sambutan ini.
Garena Undawn sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.