Netflix kini berkongsi bersama kami di Aksiz, menyatakan filem Buya Hamka (Volume 1) akan ditayangkan melalui perkhidmatan penstriman berkenaan bermula 17 Ogos 2023 kelak.
Filem bercorak bigorafi ini memfokuskan kepada watak Hamka atau Haji Abdul Malik Karim Amrullah yang merupakan salah seorang penulis dan ulama terkenal Indonesia.
Bahagian pertama ini melihat kepada latar masa ketika Hamka menjadi pengurus Muhammadiyah di Makassar, sekaligus membawa kemajuan yang besar kepada organisasi berkenaan. Pada masa yang sama, Hamka juga mula menulis, dan seterusnya berpindah ke Medan dalam menjadi ketua editor majalah Pedoman Masyarakat. Jawatan ini membuatkan Hamka berbeza pendapat dengan pihak Jepun, sekaligus majalah tersebut dihalang cetakkan serta dilabel bahaya.
Melalui ulasan di Aksiz sebelum ini, ia menerima skor sebanyak 4/10. Bagi anda yang berhasrat untuk menontonnya dan tidak berpeluang ke wayang sebelum ini, boleh menonton filem ini melalui Netflix bermula 17 Ogos 2023 kelak.