Siri Baharu Istana Takeshi Kini Di Prime Video

Seperti diumumkan pada tahun lepas, Prime Video telah membawa musim baharu untuk rancangan realiti popular Jepun iaitu Istana Takeshi. Musim pertama untuk penghasilan semula ini mempunyai 8 episod dan boleh ditonton melalui pautan ini.

Siri baharu ini telah dikeluarkan di Jepun sejak bulan April lepas, bagi yang tidak mengenali siri ini, ia mempunyai format permainan yang melibatkan 100 peserta setiap minggu yang perlu menjalani beberapa ujian mencabar ini kemudiannya dihidupkan semula dalam permainan video Battle Royale seperti Fall Guys.

Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.

Sohor Kini