Kejohanan utama Mobile Legends: Bang Bang di Malaysia iaitu Mobile Legends Professional League (MPL) Malaysia akan bermula pada 18 Ogos dengan peringkat akhir akan berlangsung pada 8 Oktober 2023.
Tema bagi musim ini adalah ‘MI5I’ ataupun misi untuk membawa semangat ‘pantang mengalah’ ke kejohanan M5 World Championship 2023 iaitu kejohanan terbesar bagi permainan ini. Pada tahun lepas, iaitu ketika M4 World Championship dua pasukan Malaysia iaitu Todak dan Team HAQ terpaksa pulan awal apabila tewas di Pusingan Kedua Lower Bracket.
10 pasukan yang terlibat dengan MPL Malaysia 12 adalah;
Pada musim lepas, iaitu MPL Malaysia 11 yang berlangsung pada bulan Mac lepas memperlihatkan Todak menjadi juara keseluruhan diikuti Team SMG dan Homebois di tempat kedua dan ketiga.
Juara bagi MPL Malaysia 12 akan mendapat slot terus ke M5 World Championship, manakala naib juara akan memasuki M5 Wildcard untuk merebut satu slot ke M5 melawan 7 pasukan lain. Moonton turut mengumumkan M5 Wildcard akan berlangsung di Malaysia pada bulan November ini.