Samsung hari ini juga telah mengumumkan pilihan baharu untuk penawaran tablet mereka iaitu Samsung Galaxy Tab S9 yang ditawarkan degan tiga pilihan model iaitu Galaxy Tab S9, Galaxy Tab S9+ dan Galaxy Tab S9 Ultra.
Galaxy Tab S9 menyertakan skrin bersaiz 11-inci dengan panel Dynamic AMOLED 2X yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 dengan pilihan RAM 8GB, 12GB dan storan 128GB atau 256GB dengan sokongan microSD sehingga 1TB. Kapasiti bateri adalah 8,400mAh.

Galaxy Tab S9+ hadir dengan skrin bersaiz 12.4-inci menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 dengan RAM 12GB dan pilihan storan 128GB atau 256GB dengan sokongan microSD sehingga 1TB. Kapasiti bateri adalah 10,090mAh.

Galaxy Tab S9 Ultra pula hadir dengan skrin bersaiz 14.6-inci dengan panel Dynamic AMOLED 2X yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 dengan pilihan 12GB atau 16GB dan storan 128GB, 256GB atau 1TB dengan sokongan microSD sehingga 1TB. Kapasiti bateri adalah 11,200mAh.

Berikut adalah senarai harga untuk Samsung Galaxy Tab S9 mengikut model, RAM dan storan bersama dengan pilihan warna untuk setiap-nya.
Model | Harga | Warna |
Galaxy Tab S9 Ultra 5G bersama keyboard(512GB) | RM7,149 | Graphite |
Galaxy Tab S9 Ultra 5G bersama keyboard (256GB) | RM6,649 | |
Galaxy Tab S9 Ultra bersama keyboard (512GB) | RM6,499 | |
Galaxy Tab S9 Ultra bersama keyboard (256GB) | RM5,999 | |
Galaxy Tab S9+ 5G bersama keyboard (512GB) | RM5,849 | Graphite, Beige |
Galaxy Tab S9+ bersama keyboard (512GB) | RM5,199 | |
Galaxy Tab S9+ 5G (256GB) | RM5,249 | |
Galaxy Tab S9+ (256GB) | RM4,599 | |
Galaxy Tab S9 5G bersama keyboard (256GB) | RM4,849 | |
Galaxy Tab S9 bersama keyboard (256GB) | RM4,199 | |
Galaxy Tab S9 5G (128GB) | RM4,349 | |
Galaxy Tab S9 (128GB) | RM3,699 |
Kesemua model Samsung Galaxy Tab S9 ini akan tiba pada 18 Ogos 2023 dengan pra-tempahan boleh dilakukan melalui pautan ini dan khusus buat pembaca Aksiz, gunakan kod promosi AZGALAXY sewaktu membeli Galaxy Tab S9 bagi menerima diskaun RM 100, atau diskaun RM 200 untuk Galaxy Tab S9+ atau diskaun RM 400 untuk Galaxy Tab S9 Ultra, terhad sementara stok masih ada.