Samsung hari ini telah mengumumkan secara rasmi model terbaru bagi penawaran telefon boleh lipat mereka iaitu Galaxy Z Fold5 dan juga Galaxy Z Flip5 yang akan tiba pada 18 Ogos 2023 dan sesi pra-tempahan dibuka bermula hari ini.
Samsung Galaxy Z Fold5 hadir dengan skrin dalam bersaiz 7.6-inci dengan resolusi QXGA+ (2176 x 1812), menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X dan sokongan kadar segar semula sehingga 120Hz. Manakala skrin di bahagian depan adalah 6.2-inci dengan resolusi HD+ (2316 x 904), menggunakan panel Dynamic AMOLED 2X dan turut menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz.
Galaxy Z Fold5 dikuasakan dengan Snapragon 8 Gen 2 dengan RAM sebanyak 12GB untuk kesemua pilihan dengan pilihan storan 256GB, 512GB dan 1TB. Kapasiti bateri adalah 4,400mAh dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 25W.
Harga untuk Galaxy Z Fold5 adalah seperti berikut mengikut pilihan storan;
Ia hadir dengan 5 pilihan warna iaitu Icy Blue, Phantom Black, Cream bersama dengan Gray dan Blue yang ditawarkan eksklusif secara dalam talian.
Samsung Galaxy Z Flip5 hadir dengan skrin dalam bersaiz 6.7-inci FHD+ (2640 x 1080) dengan panel Dynamic AMOLED 2X dan kadar segar semula sehingga 120Hz. Bagi skrin di bahagian depan, ia hadir dengan paparan bersaiz 3.4-inci iaitu lebih besar dan berguna berbanding Flip4. Resolusi adalah 720 x 748 dengan panel Super AMOLED dan sokongan kadar segar semula sehingga 60Hz.
Galaxy Z Flip5 juga menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2 dengan RAM 8GB dan pilihan storan 256GB dan 512GB. Kapasiti bateri adalah 3,700mAh dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 25W.
Harga untuk Galaxy Z Flip5 adalah seperti berikut mengikut pilihan storan;
Ia ditawarkan dengan 8 pilihan warna iaitu Mint, Lavender, Cream, Graphite bersama dengan Gray, Blue, Green dan Yellow yang ditawarkan secara eksklusif secara dalam talian.
Pra-tempahan boleh dilakukan melalui laman berikut – Galaxy Z Fold5 atau Galaxy Z Flip5 dan khusus buat pembaca Aksiz, gunakan kod promosi AZGALAXY sewaktu membeli Galaxy Z Fold5 atau Galaxy Z Flip5 bagi menerima diskaun RM400 atau RM200, terhad sementara stok masih ada.