GSC LaLaport BBCC Akan Dibuka 1 Ogos Ini

GSC telah mengumumkan yang cawangan terbaru mereka iaitu GSC LaLaport BBCC akan dibuka secara rasmi pada 1 Ogos 2023. Menurut GSC, cawangan ini adalah panggung wayang yang paling cantik.

GSC LaLaport BBCC sebelum ini telah digunakan untuk tayangan perdana Mission Impossible 7 dan 1 Ogos ini dibuka untuk kunjungan umum.

LaLaport BBCC merupakan pusat membeli-belah yang baru sahaja dibuka pada tahun lepas. Ia sepatutnya dibuka pada tahun 2021 dengan GSC dijangka dibuka pada tahun 2022 akan tetapi akibat pandemik Covid-19, ia hanya dibuka pada tahun 2022.

GSC juga mempunyai cawangan di Times Square yang berada berhampiran dengan LaLaport.

Sohor Kini