Microsoft Hadir Dengan Alat Kawalan Xbox Dengan Bau Pizza

Alat kawalan berbau makanan adalah perkara yang biasa bagi yang sering bermain sambil makan, tetapi ia bukanlah satu perkara yang digalakkan bahkan menjijikkan. Melainkan anda menggunakan alat kawalan Xbox yang dihasilkan bersempena dengan tayangan untuk filem animasi Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem.

Alat kawalan yang mempunyai rekaan khas berdasarkan watak-watak Ninja Turtle mempunyai satu lagi perkara yang unik iaitu ia mempunyai penyembur bau yang akan membuatkan alat kawalan ini berbau pizza iaitu makanan kegemaran untuk Ninja Turtle.

Malangnya, ataupun nasib baik alat kawalan ini bukanlah untuk jualan secara umum akan tetapi ia adalah hadiah bagi kempen Xbox Game pass bersama dengan filem animasi ini. Untuk menyertainya anda harus merupakan penduduk bagi negara yang menyokong konsol Xbox secara rasmi – tidak untuk Malaysia.

Filem animasi Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem diarahkan akan ditayangkan pada 4 Ogos 2023.

Filem ini melibatkan pelakon suara seperti Jackie Chan sebagai Master Splinter, Nicolas Cantu sebagai leonardo, Brady Noon sebagai Raphael, Micah Abbey sebagai Donatello dan Shamon Brown jr. sebagai Michelangelo.

Sohor Kini