Jualan Promosi Steam Stealth Fest Berlangsung Sehingga 31 Julai

Steam hari ini telah memulakan jualan promosi terbaru mereka iaitu “Steam Stealth Fest” yang memfokuskan kepada permainan-permainan stealth ataupun menyelinap. Oleh itu, ia akan menawarkan permainan-permainan seperti Hitman 3, Assassin’s Creed, A Plague Tales dan pelbagai lagi.

Selain jualan promosi, mereka juga menyenaraikan demo-demo permainan yang berkait dengan genre ini. Anda boleh layari pautan ini untuk melihat senarai penuh permainan-permainan yang ditawarkan dengan lebih murah.

Sohor Kini