Ubisoft telah mengumumkan yang hero baharu untuk For Honor akan dikeluarkan pada 27 Julai ini iaitu Ocelotl yang merupakan watak berdasarkan pahlawan dari tamadun Aztec. Anda boleh tonton video tatamain untuknya di bawah.

Ocelotl ataupun namanya Mixcoatl menggunakan senjata di kedua-dua belah tangan iaitu kayu Machuahuitl dan lembing Tepoztopilli. Bagi kebolehan pula, dia boleh menyelinap dan melakukan serangan secara mengejut. Dia juga merupakan hero Outlander yang keempat menyertai Afeera, Pirate dan Medjay.

Selain itu, pemain di konsol juga akan menerima tetapan grafik baharu iaitu Performance Mode untuk mendapat tahap prestasi yang lebih baik dan juga sokongan VRR. Bagi yang tidak memiliki permainan ini, bermula pada 27 Julai sehingga 3 Ogos pemain boleh mencubanya secara percuma buat sementara waktu.

For Honor sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 , Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Ia juga ditawarkan bersama dengan langganan Xbox Game Pass dan PC Game Pass.

Sohor Kini