Skip to main content

Netflix hari ini telah berkongsi treler penuh untuk siri aksi nyata One Piece selepas hadir dengan treler acah sebelum ini.

Melalui treler di atas diperlihatkan beberapa penceritaan yang akan tiba untuk musim pertama bermula dari Luffy berjumpa dengan Alvida pertama kali sehinggalah pertempuran dengan Arlong.

Treler juga memperlihatkan beberapa watak menggunakan kuasa devil fruit seperti Luffy sendiri dan juga Buggy. Bersama dengan treler ini, mangaka untuk One Piece Eiichiro Oda juga berkongsi mesej melalui surat terbuka.

Antara yang dikatakan oleh beliau adalah apabila siri ini disiarkan kelak, ramai yang akan bertanya mengapa ada watak dan adegan tidak disertakan serta ada juga perubahan yang dilakukan, dan Eiichiro Oda mengatakan yang kesemua keputusan ini dibuat dengan kepercayaan ia adalah perkara yang baik untuk siri aksi nyata ini.

Beliau juga mengatakan yang terdapat beberapa adegan yang telah siap perlu dirakam semula kerana tidak cukup baik untuk dunia One Piece. Terdapat banyak perkara yang perlu diubah agar tidak nampak janggal sebagai satu siri aksi nyata, tambahnya.

Anda boleh baca mesej penuh daripada Eiichiro Oda di bawah.

Siri aksi nyata One Piece akan mula disiarkan di Netflix pada 31 Ogos 2023 dan musim pertama akan mempunyai 8 episod.

Leave a Reply