Skip to main content

Variety telah melaporkan yang Warner Bros mungkin akan melakukan penundaan ke tahun depan untuk beberapa filem mereka yang patut tiba akhir tahun ini. Filem yang terkesan dikatakan adalah Dune: Part Two yang sepatutnya tiba November ini, Color Purple dan juga Aquaman and the Lost Kingdom yang sepatutnya tiba bulan Disember.

Menurut Variety lagi, perkara ini dibincangkan kerana mogok oleh SAG-AFTRA dan juga Writers Guild of America akan memberi kesan kepada promosi untuk filem ini walaupun filem ini sudah siap dan bersedia untuk ditayangkan.

Buat masa ini, Warner Bros masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya.

Leave a Reply